NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sarawak: Beting Maro diharap bakal menjadi kemenangan sulung PAS




Oleh AIN SAKINAH MUHAMMAD

BATANG LUPAR, 6 Dis: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berharap agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro akan menjadi kemenangan sulung bagi parti ini di Sarawak melalui calonnya Mohammad Arifiriazul Paijo.

“Insya-Allah, kita yakin kemampuan calon kita dan kita mohon kepada pengundi-pengundi di Beting Maro untuk beri mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk mewakili tuan-tuan sekalian di Beting Maro.

“Ini untuk kita angkat isu-isu yang berlaku, soal kebajikan, soal masalah penduduk setempat, soal pendidikan, keperluan untuk kemudahan asas dan sebagainya,” ujar beliau.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada wartawan Berita PAS ketika ditemui di tempat berkumpul di Homestay Akal Pusa, di Godam pagi tadi sebelum calon, penyokong dan pencadang bertolak ke Pusat Penamaan Calon (PPC) di Pejabat Daerah Pusa.

Tuan Ibrahim dalam ucapannya yakin bahawa Arifiriazul adalah calon terbaik yang ditampilkan PAS dan beliau yakin calon PAS ini mampu memberikan sumbangan yang terbaik untuk penduduk di Beting Maro.

“Mari kita sama-sama, kita dukung kekuatan ini dan kita pastikan undi kita untuk calon PAS di Beting Maro pada kali ini,” ujarnya lagi.

Arifiriazul Paijo yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak bakal ditentang dalam pertandingan lima penjuru oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Razaili Haji Gapor; calon PKR, Abang Zulkifli Abang Engkeh; calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jacky Chiew Su Chee dan seorang calon bebas, Safiudin Matsah.

Dengan selesainya proses penamaan calon pagi tadi maka bermulalah kempen dengan pengundian awal akan berlangsung pada 14 Disember, sementara 18 Disember pula ditetapkan sebagai hari pengundian. - CPPNews 

https://berita.pas.org.my/beting-maro-diharap-bakal-menjadi-kemenangan-sulung-pas-sarawak/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo