NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama Malaysia-Jepun, kukuh

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun bersetuju mempertingkat rundingan memperkukuh kerjasama di bawah perkongsian strategik dua negara, termasuk melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Hasrat itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida melalui panggilan telefon, hari ini.

Ismail Sabri berkata, selain bertukar pandangan mengenai CPTPP, Malaysia dan Jepun membincangkan mengenai pendirian ASEAN mengenai Indo-Pasifik dan menyatakan komitmen menjaga hubungan dua hala yang terjalin sekian lama.

Katanya, Malaysia dan Jepun mengambil kesempatan membincangkan perkara kepentingan bersama, khususnya mengenai usaha memperkembang kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, perdagangan, industri pertahanan serta pembangunan sumber manusia.

"Malaysia juga mengalu-alukan penubuhan kampus luar negara pertama Universiti Tsubuka di Malaysia oleh Negara Matahari Terbit.

"Saya turut menekankan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan bahawa semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan, dan mengawal tindakan.

"Saya menekankan bahawa Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil," katanya melalui catatan di Facebook, di sini.

Ismail Sabri berkata, beliau dan rakan sejawat dari Jepun itu juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar dan Semenanjung Korea.

Kishida dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun ke-101 awal November lalu, selepas Dewan Rakyat memilih beliau dengan majoriti 297 undi.

Di Jepun, seorang Perdana Menteri dipilih berdasarkan undi majoriti. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo