NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kawalan Harga Minyak Masak dipanjangkan sehingga Mac 2022




KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini bersetuju memanjangkan Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak diteruskan sehingga Mac tahun depan, dengan kos sebanyak RM150 juta.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu juga memutuskan pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sebanyak RM100 juta untuk dilaksanakan di 222 di kawasan Parlimen sehingga Mac 2022.

Menurut kenyataan NACCOL, isu kekurangan buruh asing dalam sektor berkaitan penghasilan makanan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

"Selain itu, pemantauan dan pelaporan secara langsung akan dibuat secara langsung kepada NACCOL bagi 41 inisiatif dengan peruntukan sebanyak RM14.32 bilion yang diluluskan menerusi Bajet 2022.

"Pemantauan secara langsung ini bagi memastikan semua agensi kerajaan melaksanakan segera inisiatif diumumkan, mengambil kira peruntukan yang besar itu perlu dirasai oleh rakyat," katanya.

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan sama juga berkata mesyuarat turut memutuskan supaya peringkat Jawatankuasa Teknikal NACCOL yang dipengerusikan oleh Ketua SetiausahaKPDNHEP diadakan segera untuk menyusul, memperhalusi dan menyelaras cadangan lain yang dibentangkan.

Sebanyak lapan kertas pembentangan daripada pelbagai agensi merangkumi perspektif makro ekonomi, sektor logistik, industri perumahan, penguatkuasaan dan advokasi kepenggunaan serta isu berkaitan buruh dibawa dalam mesyuarat khas berkenaan.

Mesyuarat khas itu adalah satu daripada kesinambungan kepada Mesyuarat Peringkat Eksekutif yang diadakan tiga kali sepanjang tahun ini, iaitu pada 23 Februari, 15 Julai dan kali terakhir pada 15 Oktober lalu.

Mesyuarat yang turut dihadiri menteri kanan, menteri, timbalan menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN), ketua agensi kerajaan, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi itu membincangkan pendekatan keseluruhan kerajaan merentasi seluruh kementerian bagi menyelaras inisiatif baharu bertujuan menangani isu sara hidup. -BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo