NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gabungan sempurna, Huawei Nova 9 dan Huawei Watch GT3



SEBAGAI peneraju teknologi global, HUAWEI menyedari bahawa teknologi bukan sahaja membantu pengguna dalam kehidupan seharian tetapi mampu menawarkan pengalaman lebih lancar melalui produknya.

Didorong oleh idea kesempurnaan dan inovasi yang berterusan, HUAWEI tidak berhenti untuk menghubungkan kehidupan penggunanya dengan pelbagai produk berkonsepkan 1+8+N dan Seamless AI Life Strategy. Ia bagi memenuhi keperluan setiap pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan usaha berterusan untuk meningkatkan standard cara pengguna menggunakan peranti, HUAWEI baru-baru ini memperkenalkan dua produk baharunya, HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3.

Kedua-dua produk baharu ini bukan sahaja kelihatan estetik tetapi juga mampu meningkatkan kehidupan anda terhubung ke tahap baharu.

Rekaan anggun



HUAWEI nova 9 menyerlahkan reka bentuk estetik dengan kaca melengkung di bahagian hadapan dan belakang, menjadikan ia bukan sahaja terletak betul-betul di tapak tangan, malah menyerlahkan rupanya tanpa mengabaikan fungsi telefon pintar. Ia masih mengekalkan butang fizikal pada bahagian sisi untuk kawalan mudah.

Jika dahulu, telefon pintar direka tebal dan besar. Namun, HUAWEI nova 9 direka mengikut perkembangan terkini setebal 7.77milimeter (mm) dan berat hanya 175gram (g) bagi memudahkan anda memasukkannya ke dalam poket.

Hadir dalam dua warna menarik iaitu Starry Blue dan Black, peranti baharu ini pasti melengkapkan gaya dan personaliti anda.

Tingkat standard kamera hadapan

Merakam video ketika melakukan aktiviti mencabar dan bercuti bersama rakan lalu menghasilkan vlog atau mengadakan strim secara langsung menjadi trend masa kini.

Justeru, HUAWEI nova 9 adalah pilihan peranti paling tepat kerana dilengkapi kamera hadapan 32MP yang  mampu merakam video UltraHD 4K sekali gus menjadikannya sempurna untuk penstriman langsung, vlog atau mengambil swafoto.

Merakam video ketika bergerak juga tidak mustahil dengan HUAWEI nova 9 kerana ia dilengkapi Penstabilan Video Swafoto AIS yang mengurangkan gegaran secara drastik bagi menghasilkan video lancar dan jelas seolah-olah ia dirakam dengan kamera profesional.

Produk ini turut dilengkapi dengan ciri Mod Pandangan Dwi yang membolehkan anda merakam dengan kedua-dua kamera depan dan belakang utama secara serentak supaya tidak terlepas satu saat pun ketika bersama yang tersayang.

Seakan kamera profesional

HUAWEI memahami kehendak pelanggan yang mahukan telefon pintar dilengkapi kamera terkini bagi memudahkan mereka berkongsi rutin harian di media sosial.

Menyunting gambar di platform dan perisian berbeza bagi menjadikannya lebih tajam dan jelas pastinya menyukarkan.

Bagi memadankan kamera hadapan UltraHD 32MP 4K pada HUAWEI nova 9, telefon pintar itu kini didatangkan dengan Sistem Kamera Penglihatan Ultra 50MP yang canggih bagi menawarkan pengalaman kepada pengguna setanding dengan kamera profesional.

HUAWEI nova 9 turut menampilkan RYYB Super Sensing yang inovatif bagi menghasilkan kualiti gambar lebih baik daripada mana-mana kamera lain.

Ia juga memudahkan pengguna untuk memuatnaik gambar ke dalam media sosial tanpa menyunting gambar terlalu banyak. Ini kerana ia dilengkapi dengan XD Fusion Engine dan Teknologi Ultra Vision HDR. 

Dengan ciri itu ia berupaya menangkap gambar yang tajam dan jelas setiap butiran imej dalam apa jua jenis persekitaran sama ada panorama, jarak dekat, potret serta penggambaran malam.

Bukan itu sahaja, kamera utama HUAWEI nova 9 turut menyokong kualiti video 4K pada 30fps yang menawarkan pengguna bukan sahaja merakam saat indah mereka dalam gambar tetapi juga melalui video dan vlog.

Berseronok dengan HUAWEI Mobile Service

Orang ramai sering beranggapan telefon HUAWEI kehilangan platform dan aplikasi yang meluas. Jangan risau!

Sekiranya anda pengguna setia aplikasi mesej seperti Line, Telegram, Viber Messenger, WeChat dan Snapchat mahupun aplikasi media sosial seperti Instagram dan Twitter, semuanya boleh dimuat turun melalui Petal Search di HUAWEI AppGallery.

Jika anda kerap menggunakan aplikasi Google untuk urusan kerja mahupun harian, jangan bimbang kerana HUAWEI turut menyediakan aplikasi sehenti di HUAWEI AppGallery iaitu GSpace.

Gspace mengumpulkan semua aplikasi Google yang anda perlukan seperti Gmail, Google Maps, Google Photos dan banyak lagi dalam satu aplikasi.

HUAWEI AppGallery juga menyediakan hiburan tanpa henti melalui aplikasi penstriman seperti Viu, iQiyi, YouTube, iFlix dan Netflix.

HUAWEI AppGallery turut sarat dengan koleksi permainan menarik dan terkini bermula daripada permainan bertemakan sukan seperti Asphalt 8 Racing Game; permainan bertemakan aksi seperti PUBG Mobile, Mobile Legends dan Modern Combat Versus; hingga permainan berasaskan strategi seperti State of Survival; dan banyak lagi genre berbeza.

Pembantu kehidupan pintar

Sebagai jenama yang menyokong kehidupan pintar dan terhubung sepenuhnya, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Watch GT 3 yang boleh dipadankan bersama HUAWEI nova 9 supaya membantu meningkatkan kehidupan pintar harian anda.

Dengan HUAWEI Watch GT 3, anda tidak akan terlepas panggilan dan mesej penting kerana ia mampu membuat panggilan telefon bluetooth hanya melalui arahan suara yang memberikan anda kawalan sepenuhnya ke atas HUAWEI nova 9 anda melalui jam tangan.

Selepas penyelidikan dan inovasi berterusan, HUAWEI Watch GT 3 dihasilkan dengan ciri dipertingkatkan bagi melengkapkan gaya hidup pemakai.

Jika anda seorang pengembara solo yang gemar menangkap gambar, peranti baharu ini mampu dijadikan pengatup kamera kawalan jauh bagi menangkap sudut gambar sempurna.

Peminat muzik juga pastinya seronok menikmati ciri pada HUAWEI Watch GT 3 kerana ia mampu mengawal muzik hanya melalui jam tangan, tidak kira ketika anda memandu ataupun bersenam.

Melengkapkan gaya

Sukar mendapatkan jam tangan yang mempunyai reka bentuk, ciri dan fungsi yang menepati citarasa.

Justeru, HUAWEI Watch GT 3 yang direka penuh estetik menggunakan konsep reka bentuk sederhana sambil mengekalkan semua ciri terbaik yang ada pada jam tangan pintar pastinya melengkapkan gaya.

Hadir dalam dua pilihan iaitu 46mm dan 42mm, peranti ini juga mampu melengkapkan gaya pemakai dengan menawarkan pelbagai tali termasuk fluoroelastomer hitam untuk Watch  GT 3 46mm dan 42mm, kulit coklat bagi Watch GT 3 46mm dan kulit putih, Watch GT 3 42mm.

Kini, anda tidak perlu risau untuk membeli jam tangan berbeza dengan adanya tali yang boleh ditukar ganti.

Nikmati masa anda di gim atau menghadiri mesyuarat perniagaan, semuanya dengan satu jam tangan.

Untuk meningkatkan pengalaman anda dengan produk HUAWEI ke tahap yang menyeluruh, sambungkan HUAWEI Watch GT 3 dengan HUAWEI nova 9 dan anda boleh mula menikmati sambungan yang lancar seterusnya meningkatkan kehidupan anda yang terhubung sepenuhnya.

Bateri tahan lama

Bimbang jam tangan kehabisan bateri ketika bersama rakan? Bateri HUAWEI Watch GT 3 mampu bertahan sehingga 14 hari untuk 46mm dan tujuh hari untuk 42mm.

Sekiranya anda kehabisan bateri juga, jangan bimbang kerana ia dilengkapi pengecasan tanpa wayar pantas dan pengecasan tanpa wayar berbalik di belakang telefon pintar tertentu HUAWEI yang menyokong ciri itu.

Rakan senaman sempurna

Kebanyakan daripada kita sering mencari masa untuk mengeluarkan peluh tanpa mengira cara, sama ada berjoging, berbasikal, atau mendaki bukit.

Pastinya, sesi senaman anda akan lebih sempurna dengan HUAWEI Watch GT 3 yang dilengkapi pelbagai ciri senaman profesional.

HUAWEI Watch GT 3 dilengkapi dengan lebih daripada 100 mod senaman termasuk berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal dan juga lompat tali.

Dengan cara ini, tidak kira apa senaman yang anda rancang untuk lakukan, HUAWEI Watch GT 3 bersedia untuk mencapai matlamat kesihatan dan senaman anda!

HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 padat dengan ciri paling moden dan canggih untuk membantu anda mencapai kehidupan yang terhubung dan pintar sepenuhnya.

Dengan sambungan yang lancar antara kedua-dua produk, pengalaman rutin harian anda akan ditingkatkan ke tahap yang baharu.

Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 atau kunjungi platform rasmi HUAWEI seperti kedai rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Store dalam talian.

Anda juga boleh ke rangkaian kedai HUAWEI terdekat di sekitar anda untuk merasai pengalaman menggunakan produk!




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo