NOTIS:

Belum ada lagi....

Banjir Kelantan, 6 mangsa positif Covid-19

0

KOTA BHARU: Seramai enam mangsa banjir yang dikesan dijangkiti COVID-19 dan dipindahkan ke Hospital Gua Musang sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua mereka itu dikesan sebaik sahaja mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, petugas kesihatan membuat ujian saringan dan mengesan mereka positif COVID-19 sebelum menghantar semuanya ke hospital untuk dikuarantin.

"Enam kes positif berkenaan membabitkan lima kes bagi kategori satu dan satu lagi untuk kategori dua.

"Tindakan mengasingkan mereka diambil sebagai langkah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di PPS," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut Dr Zaini berkata, semua mangsa banjir ini terdahulu menjalani ujian saringan COVID-19 terutama mereka yang mempunyai gejala.

Beliau menasihatkan kepada mangsa banjir yang bergejala memaklumkan kepada petugas di PPS bagi memudahkan tugasan untuk mengasingkan mereka sekali gus mengekang penularan COVID-19.

"Pihak kita juga sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu mangsa banjir bagi memastikan kesihatan semua yang terbabit berada pada tahap yang terbaik.

"Mereka juga dinasihatkan menjaga diri dan keluarga serta patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) memandangkan kes COVID-19 masih lagi membimbangkan," katanya. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo