NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Alatan pembersihan diperlukan mangsa banjir



HULU LANGAT: Barangan keperluan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan seperti penyapu dan lain-lain antara yang menjadi keperluan mangsa banjir ketika ini.
Tinjauan astro AWANI di sekitar kawasan bencana membabitkan daerah Hulu Langat pagi tadi mendapati ramai mangsa hadir mendatangi lori-lori bantuan mencari keperluan itu bagi membersihkan kediaman mereka yang kebanyakannya rosak dan dipenuhi lumpur.
Menurut seorang sukarelawan G. Gobulabalan yang baru tiba dari Perak pagi ini, kebanyakan mangsa sering bertanyakan barangan keperluan itu ketika menyampaikan misi bantuan di sini.
"Ramai dalam kalangan mereka mengambil inisiatif untuk membersihkan kediaman mereka sendiri sementara menunggu mana-mana kumpulan atau orang perseorangan membantu membersihkan kediaman mereka.
"Barangan seperti penyapu sampah, penyodok, alatan membasuh, perkakas dapur dan lain-lain adalah barangan yang mereka perlukan selain daripada barangan keperluan asas yang lain," katanya.
Antara barangan keperluan yang tiba bagi membantu mangsa banjir di daerah Hulu Langat. - Astro AWANI

Tinjauan juga mendapati berpuluh kenderaan yang dipenuhi barangan bagi tujuan misi bantuan sudah mula memasuki daerah ini yang kebanyakannya datang dari luar Kuala Lumpur dan Selangor. 
Kerja-kerja pembersihan kediaman dan agihan makanan serta keperluan juga masih lagi giat dilakukan. 
--Astro Awani


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo