NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apple bakal membuang slot kad SIM pada iPhone menjelang 2023


Apple sedia membuang beberapa port pada telefon pintar mereka, dan kini hadir desas-desus awal mengatakan Apple akan membuang ruangan slot kad SIM fizikal pada iPhone 15 Pro yang dijangka hadir sekitar 2023 kelak.

Dengan langkah ini, Apple mungkin menggunakan sepenuhnya teknologi eSIM untuk tujuan rangkaian pada telefon pintar mereka. Pada hari ini, ciri ini sedia ditawarkan untuk penggunaan SIM kedua di iPhone.

Sebelum ini, kita sedia mendengar beberapa kali iPhone tanpa port sedang dibangunkan, dan desas-desus ini mungkin masuk akal ke arah tersebut sekiranya Apple inginkan sesuatu iPhone tanpa sebarang ruangan yang boleh dibuka pengguna.

Apa pun, ia sekadar desas-desus sahaja buat masa ini. Apa kata anda berkenaan perkara ini? Adakah kita masih memerlukan ruangan kad SIM fizikal pada hari ini?


-- AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo