NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudan keluarkan waran tangkap terhadap pengurus Petronas


KUALA LUMPUR – Kerajaan peralihan Sudan telah mengeluar waran tangkap terhadap Pengurus Negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Langkah berkenaan dilakukan ketika meningkatnya ketegangan antara Malaysia dengan Sudan yang bertindak merampas aset Petronas yang didakwanya diperoleh melalui rasuah, kata sumber yang dipetik dailysabah.com.

Sumber itu berkata, tindakan ke atas Petronas dan juga pelabur asing yang lain atas alasan yang sama akan menjejaskan hubungan dua hala pada masa depan.

“Banyak negara lain yang mempunyai pelaburan yang besar di Sudan juga meneliti perlembangan itu dan mereka melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan menjadi sasaran kerajaan Sudan selepas ini,” katanya.

Menurut sumber, syarikat-syarikat negara lain yang turut dijadikan sasaran termasuk, Fu Hong Construction dari China yang didakwa menaikkan kos projek selain Grand Holiday Villa Ltd, syarikat milik Pakistan yang beroperasi di Khartoum.

Syarikat Petronas telah beroperasi di Sudan sejak 20 tahun lalu dan telah membantu negara berkenaan menjadi antara negara pengeluar minyak.- BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo