NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan digesa batal penambahan cabutan nombor ramalan



11 OKT: Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari, menggesakan kerajaan supaya membatalkan penambahan cabutan nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun pada tahun ini, kerana ia tidak memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS berkata, Putrajaya seharusnya tidak bertindak untuk memaksa ahli kerajaan seperti PAS untuk membuat ugutan dalam kerajaan yang mempunyai majoriti kecil.

“Ini beri isyarat tidak baik, berapa banyak sangat wang yang dapat disalurkan kepada Wang Disatukan yang akhirnya mengundang ketidakberkatan di dalam perbelanjaan negara.

“Saya harap jangan memaksa kita ahli kerajaan memaksa membuat ugutan dalam (kerajaan) majoriti yang kecil,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli meminta kerajaan mengumumkan peruntukan segera bagi membantu institusi sekolah tahfiz yang menghadapi masalah kewangan serius dan mungkin ditutup kerana kekurangan dana.

Ahmad Fadhli berkata beliau melihat banyak sekolah tahfiz yang menderita dan tidak mampu meneruskan operasi kerana tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19.

Justeru, beliau mendesak kerajaan segera membuat pengumuman bantuan ‘one-off’ kepada sekolah tahfiz yang kebanyakan sudah gulung tikar.

“Kita tak pertikai bantuan kepada sekolah aliran Cina tetapi dalam masa sama berapa sumbangan kepada sekolah tahfiz? Kalau dulu era Bagan (Lim Guan Eng), walaupun banyak perkara kita tidak setuju tapi beliau tetap berikan RM100 juta untuk sekolah tahfiz jadi kenapa tidak dalam era ini, pengumuman segera dibuat berapa ratus juta untuk pendidikan dan bantuan segera kepada sekolah tahfiz,” katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo