NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peletakan jawatan pengerusi TH tiada kaitan politik




16 OKT: Tuduhan peletakan jawatan Tan Sri Mohd Nor Yusof sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH) yang berkuat kuasa semalam ada kaitan dengan tindakan politik adalah tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan tersebut sebagai prosedur biasa dan tiada langsung mempunyai kaitan dengan tindakan politik.

“Tiada, peralihan tugas ini biasa sahaja, kerana apa nama ni, setiap menteri baru yang ada itu, dia mesti ada perancangan sendiri, jadi satu perkara biasalah,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, PNBBC Portal melaporkan, Mohd Nor bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH yang berkuat kuasa semalam.

TH menerusi kenyataan berkata sepanjang menjawat jawatan beliau berjaya memacu penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH.

TH merupakan sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan Rukun Islam kelima.

Kenyataan itu menyebut, jumlah deposit pada 30 Jun lalu sebanyak RM81.14 bilion, tahap tertinggi sejak anak syarikat kerajaan (GLC) itu ditubuhkan 58 tahun lalu.
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit


.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo