NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohon dos penggalak untuk umrah bulan depan




16 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka permohonan dos penggalak kepada individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan Kerajaan Arab Saudi bermula bulan depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata permohonan itu boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.

“Individu yang mahu menunaikan umrah dan ada syarat daripada negara luar untuk menerima sejenis vaksin dan bukan vaksin yang mereka terima, boleh memohon kepada KKM.

“Saya mengambil contoh United Kingdom (UK) yang membenarkan rakyat Malaysia diberikan Pfizer and AstraZeneca masuk tanpa kuarantin, malah turut mempertimbangkan permintaan kita untuk vaksin lain.

“Harapnya mereka akan bersetuju dan sama juga dengan Arab Saudi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos penggalak seperti ditetapkan.

Selain itu, beberapa agensi pelancongan memaklumkan mengenai syarat tambahan bagi umrah norma baharu termasuk suntikan Sinovac tidak diterima.

Ogos lalu, Kerajaan Arab Saudi meluluskan dua lagi vaksin COVID-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm selain Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini turut merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari.

Arab Saudi mula menerima permohonan umrah dari luar negara untuk jemaah yang divaksin pada 9 Ogos lalu.

Khairy berkata, banyak negara Islam menggunakan vaksin Sinovac seperti Indonesia, Pakistan dan Turki, justeru adalah penting bagi kerajaan Arab Saudi memahami perkara itu.

“Ini perlu difahami pemerintah Arab Saudi tetapi dalam apa juga keadaan, kita akan memberikan dos penggalak (kepada bakal jemaah umrah dari Malaysia).

“Penyelesaian yang lebih mudah dan lebih baik adalah tidak ada diskriminasi vaksin,” katanya.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo