NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tapak Kubur Islam pindah milik bukan Islam, AJK Surau Nilai N9 bantah

NILAI, 20 September 2021 – Satu petisyen telah diserahkan kepada ADUN Nilai YB Arul Kumar Jambunathan bagi membantah pengambilan atau penukaran status sebahagian tapak tanah perkuburan Islam untuk dijadikan tempat perkuburan bukan Islam.

Menurut Facebook Surau Al Amin S7 BTS pada 7 September lalu, beberapa orang jemaah yang mewakili Pengerusi dan AJK Surau Abu Bakar As-Siddiq, Surau Al-Amin dan Surau Al-Fateh, Bandar Tasik Senangin, Lenggeng, Negeri Sembilan telah menyerahkan petisyen yang telah ditandatangi seramai 666 orang penduduk Muslim itu kepada YB Arul Kumar.

Petisyen ini dikemukakan kerana tanah tersebut telah diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam bagi Kariah Taman Senangin.

Serahan petisyen turut disaksikan oleh ADUN Paroi YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abdul Ghani.

Di samping itu, salinan petisyen juga turut diserahkan kepada YAB Menteri Besar NS dan Pengarah JHEAINS.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo