Responsive Ad Slot

Dr. Suzanna pertama di Asia Tenggara raih anugerah IMRF




KUALA LUMPUR – Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

Demikian pepatah Melayu yang sesuai menggambarkan kejayaan yang diraih seorang pegawai penguatkuasa wanita Malaysia di pentas dunia

Komander Dr. Suzanna Razali, 40, menjadi wanita pertama Asia Tenggara dianugerahkan Ikon Wanita Dunia Carilamat peringkat antarabangsa.

Kejayaan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu dikongsi oleh unit Komunikasi Korporat agensi itu hari ini.

APMM dalam kenyataannya menyebut, Suzzana menerima anugerah itu daripada ‘International Maritime Rescue Federation’ (IMRF) 2021.


Katanya, IMRF memilih berdasarkan pencapaian dan prestasinya di dalam dan luar negara serta tersenarai dalam saingan akhir bagi kategori ‘Women in SAR’.

Keputusan anugerah itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IMRF, Theresa Crossley, pada Majlis Penganugerahan IMRF Awards 2021 yang diadakan secara maya di London, United Kingdom (UK) pada 14 September lalu.

Dalam pada itu, Suzanna juga pernah membuat pembentangan Women in SAR di ‘World Maritime Rescue Congress’ pada 2019 dan dijemput sebagai panel pembentang dalam bidang sama sempena ‘International Women’s Day’ pada 8 Mac lalu.

Selain itu, beliau juga adalah jurulatih dalam bidang Carilamat Maritim sejak 2011 dan pernah menerima sijil kepujian atas pembentangan terbaik sewaktu menyertai kursus di Jepun pada 2018.

APMM merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Suzanna di atas pencapaian tersebut sekali gus mengangkat imej APMM di persada antarabangsa.

– BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo