NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri Agama maafkan Siti Kassim


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menerima permohonan maaf peguam dan aktivis, Siti Kasim yang menuduhnya memakai jam tangan mewah berjenama Rolex.

Permohonan maaf itu dibuat Siti selepas Naib Presiden Pas itu menjelaskan perkara sebenar, bahawa jam tangan yang digunakannya adalah jenama Buruj bukan Rolex seperti yang didakwa serta memuat naik gambar jam tersebut sebagai bukti.

“InsyaAllah saya maafkan. Saya doakan semoga Puan Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus Covid-19,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Siti Kasim menerusi Twitternya mendakwa jam tangan dipakai Idris berjenama Rolex.

Aktivitis itu turut meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan berkenaan, dalam satu gambar memaparkan Idris itu menadah tangan berdoa.

Bagaimanapun, selepas menyedari kesilapannya, Siti membuat permohonan maaf hari ini kepada Idris.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo