NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Saya pakai Buruj, bukan Rolex’ - Idris Ahmad

Idris Ahmad berkata, jam tangan jenama Buruj memudahkannya menentukan arah kiblat untuk menunaikan solat di mana-mana. (Gambar Facebook)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menafikan beliau menggunakan jam tangan jenama mewah seperti didakwa pihak tertentu.

Melalui hantaran di laman Facebook, beliau berkata, jam tangan seperti dalam gambar tular sebelum ini adalah jam tangan yang sudah lama beliau gunakan.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya.

Sebelum ini, seorang aktivis masyarakat, Siti Kasim melalui akaun Twitter mempersoalkan jenama jam tangan yang digunakan Idris dan mendakwa jam berkenaan berjenama Rolex.

“Khabarnya dia sekarang adalah seorang Menteri Agama. Menunaikan solat di atas lantai dalam pejabat di mana saja dia pergi.

“Dia juga cuma memakai tanda nama bertulisan Jawi. Bukan BM (Bahasa Melayu). Tapi lihatlah jam tangan emas berjenama Rolex dipakainya,” berdasarkan tangkap layar yang dikongsi.

Sementara itu, Siti dalam ciapannya di Twitter memohon maaf kepada Idris yang didakwa memakai jam berjenama Rolex.

“Minta maaf ustaz sebab saya memang salah,” katanya merujuk hantarannya sebelum ini.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo