NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis mohon reman tambahan terhadap kes ajaran sesat Sittah Annur


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan membuat permohonan reman tambahan terhadap ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang digelar Sittah Annur bagi melengkapkan kertas siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, sambungan reman terhadap suspek perlu memandangkan terdapat beberapa perkara lagi yang perlu disiasat.

“Setakat ini siasatan masih berjalan, kita (polis) sedang meneliti kesemua video yang dimuat naik menerusi pelbagai platform seperti Youtube dan juga laman Facebook.

“Dokumen-dokumen berkaitan juga sudah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 4 September lalu, wanita berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Shah Alam oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sekitar pukul 1.10 petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tangkapan dibuat susulan daripada siasatan yang dijalankan polis terhadap pemilik akaun Facebook Masitah Abdul Jalar atau dikenali Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran sesat PYMT,” ujarnya.

Jelasnya, siasatan menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh aqidah serta ajaran Islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan S’ttah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad SAW.

“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya daripada menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya. 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo