Responsive Ad Slot

Zahid masuk hospital, kes rasuah ditangguh?

Perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi mungkin ditangguh apabila Presiden UMNO itu dimaklumkan menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang.

KUALA LUMPUR: Hujahan akhir pendakwaan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi mungkin ditangguh sekali lagi apabila Presiden UMNO itu dimaklumkan menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, anak guamnya itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun meminta pihak pembelaan memanggil doktor berkenaan untuk hadir ke mahkamah hari ini bagi menerangkan kecederaan dan prosedur terbabit sebelum menetapkan satu tarikh lain.

Ketika ini mahkamah ditangguhkan sementara menunggu doktor berkenaan mengesahkan kehadiran.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo