NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yusof sandaran pingat di Tokyo



Kuala Lumpur: Skuad berbasikal para negara akan berlepas ke Tokyo Khamis ini dengan misi untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat buat negara.

Cabaran skuad berbasikal bakal digalas oleh Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali, Zuhairie Ahmad Tarmizi, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nurul Suhada Zainal.

Yusof ketika dihubungi bagaimanapun mengakui bakal berdepan cabaran sengit dari empat negara iaitu China, Britain, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Namun itu bukan alasan kerana apa saja mungkin berlaku pada hari perlumbaan. Akan turun beraksi dalam empat acara iaitu, 3000m, pecut berpasukan, individu ujian masa dan lebuh raya, Yusof berkata, dia dilihat berpeluang untuk meraih pingat dalam acara pecut berpasukan. "Saya semakin tidak sabar dan bersemangat untuk beraksi. Ini adalah Paralimpik pertama saya dan sudah pasti saya mahu berikan yang terbaik untuk negara dan juga mahu banggakan negara dan keluarga. Biarpun cabaran itu dilihat sukar tapi, saya pasti tidak akan menyerah kalah dan begitu juga atlet basikal yang lain," katanya yang mula menyertai skuad kebangsaan pada 2017.


Yusof diletakkan antara sandaran pingat berdasarkan pencapaiannya meraih gangsa ketika menyertai Kejohanan Berbasikal Para Dunia di Kanada dalam acara scratch.

Skuad para basikal negara sebelum ini tetap menjalani latihan seperti biasa di bawah gelembung sukan di Veledrom Nilai dan bagi acara lebuh raya pula mereka melakukan latihan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo