NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hafizh tekad bangkit di Silverstone


Kuala Lumpur: Berdepan dua perlumbaan sukar di Grand Prix (GP) Austria, di Litar Red Bull Ring-Spielberg, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk bangkit meraih mata di saingan seterusnya di Silverstone, hujung bulan ini.

Katanya, dia menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri di sebabkan faktor cuaca panas menyebabkan rentaknya terganggu dalam usaha untuk mengejar kelompok 15 pelumba terbaik.

Pelumba NTS RW Racing GP itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 Ahad lalu berkata, dia turut bergelut mengawal jentera di selekoh keenam, ketujuh dan terakhir.

"Cuaca panas menyebabkan saya sukar untuk pergi lebih laju berbanding ketika sesi latihan bebas dan kelayakan. Saya bergelut mengekalkan kelajuan jentera. Trek di selekoh keenam, ketujuh dan terakhir itu juga sukar.

''Saya hilang 0.5 saat di situ. Rakan pasukan saya pun berdepan masalah yang sama. Susah mengawal jentera di situ," katanya.

Namun, sesuatu dapat diraih sepanjang dua perlumbaan di Spielberg yang mana dia dapat memperbaiki tunggangan untuk lebih konsisten.

"Dua perlumbaan di Austria tidak menyebelahi saya untuk cuba dapatkan mata. Tapi saya dapat memperbaiki rentak tunggangan lebih konsisten. Tapi tak mengapa saya akan cuba lagi di Silverstone selepas ini dan berharap jentera berada dalam keadaan terbaik nanti," katanya yang gagal menamatkan perlumbaan di Spielberg pertama.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2021/08/743680/hafizh-tekad-bangkit-di-silverstone


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo