Responsive Ad Slot

Vaksinasi lengkap : Boleh riadah bermula jam 6 pagi hingga 10 malam


KUALA LUMPUR: Individu yang lengkap divaksin di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenar menjalani aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

"Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap.

"Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan," katanya ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenana kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap hari ini.

- BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo