USUL undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen tidak lagi perlu dilakukan kerana memberi risiko berulang pergolakan politik dalam negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tidak fikir perkara itu (elok dilakukan) kerana kita tak nak tukar sekali lagi Perdana Menteri.
“Kalau ke Parlimen, dia (Ismail Sabri) tak dapat majoriti, (Perdana Menteri) kena tukar lain dan dunia ketawakan kita,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, Langkawi ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya undi percaya terhadap Perdana Menteri dibuat segera di Parlimen.
Memetik laporan Harian Metro,ketika mengulas slogan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenal Ismail Sabri, Dr. Mahathir berkata, slogan itu perlu disusuli cara bekerja oleh pemimpin dan rakyat.
“Kalau tukar slogan, tapi buat kerja macam itu juga tak guna… mengarut sahaja dan kita khuatir dia (Ismail Sabri) boleh bawa cara baharu atau tidak.
“Kalau kita lihat dari segi penyokong kerajaan adalah orang sama… tiada beza langsung, cuma yang tukar Perdana Menteri,” katanya.
Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan Sabtu lalu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment