NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guna pelindung muka dan dua lapis pelitup muka


24 OGOS: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menasihati orang ramai supaya memakai pelindung muka dan dua lapis pelitup muka di tempat awam sebagai langkah perlindungan berganda mencegah jangkitan varian Delta yang semakin dominan ketika ini.

Dr Noor Hisham berkata langkah itu perlu dimasukkan sebagai strategi keselamatan untuk mengurangkan penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

“Penggunaan pelindung muka dan dua lapisan pelitup muka boleh memberi 96 peratus perlindungan daripada jangkitan varian Delta.

“Ini perlu menjadi strategi keselamatan bagi mengurangkan penularan COVID-19 dalam masyarakat,” katanya dalam ciapan di Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengesahkan kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Beliau dipetik sebagai berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksin seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo