NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan lantik aktivis NGO sebagai Senator


KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini melantik Timbalan Pengerusi NGO Misi Kembara Dakwah (MKD), Dr Wan Martina Wan Yusoff sebagai Ahli Dewan Negara.

Pelantikan itu dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

“Saya mohon mencadangkan bahawa Dr Wan Martina Wan Yusoff dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Negeri Kelantan.

“Dengan ini saya menyerahkan surat akuan kesanggupan untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara daripada Dr Wan Martina Wan Yusoff,” katanya pada persidangan Dun Kelantan har ini.

Kemudian Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub mengumumkan pelantikan Dr Wan Martina Wan Yusoff, 55 sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa hari ini.

“Dengan ini saya mengumumkan Dr Wan Martina dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Kelantan,” katanya.

Dr Wan Martina juga Naib Pengerusi Konfederasi NGO Negeri Kelantan dan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan Wanis.

Beliau juga memiliki klinik perubatan swasta di Jelawat Bachok. Selain itu beliau juga pimpinan Dewan Muslimat PAS Bachok dan Kelantan.

Pelantikan senator baru dibuat bagi menggantikan Ustazah Asmak Hussin yang tamat tempoh perkhidmatan. Kelantan juga mempunyai seorang lagi senator iaitu Mohd Apandi Mohamad.

https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/24/aktivis-ngo-dilantik-senator-wakili-kelantan/
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo