NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno akhirnya sokong Ismail Sabri sebagai calon tunggal


Kuala Lumpur – Majlis Kerja Tertinggi Umno menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat sebentar tadi.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini dalam pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Dengan sokongan ini Ismail Sabri dijangka mempunyai 111 sokongan ahli Parlimen bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menolak cadangan biro politik Umno mahu menamakan empat calon Perdana Menteri dari parti tersebut kepada yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Dalam mesyuarat yang agak panas kerana perbezaan pendapat calon, MKT memutuskan Umno mesti menghantar satu nama saja. Bagaimanapun MKT Umno gagal menamakan calon tunggal tersebut dan menyerahkan kepada ahli-ahli Parlimen BN untuk memutuskan.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Berdasarkan pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli Parlimen BN sebelum ini, Ismail Sabri dijangka mendapat sokongan Umno.

Jika semua ahli Parlimen Umno menyokong Ismail beliau akan memperolehi 111 sokongan berikutan Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sawarak telah mengumumkan sokongan kepada Ismail.

 

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo