NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri sah dapat sokongan 115 ahli Parlimen


Dengan sokongan Majlis Kerja Tertinggi Umno kepada pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat sebentar tadi, menjadikan keseluruhan sokongan kepada Ismail Sabri adalah sebanyak 115 pencalonan.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini dikatakan Masih lagi dalam pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Dengan sokongan ini Ismail Sabri sebanyak 115 sokongan ahli Parlimen, ini membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Pecahan sokongan kepada Ismail Sabri adalah 38 (Umno), 31 (Bersatu), 18 (PAS), 18 (GPS), 4 (Bebas), 2 (MCA), masing-masing 1 daripada MIC, PBRS, PBS dan Star 



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo