NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis politik negara makin ke penghujung



šŠš‘šˆš’šˆš’ ššŽš‹šˆš“šˆšŠ šš„š†š€š‘š€ šŒš€šŠšˆš šŠš„ šš„šš†š‡š”š‰š”šš†

Harapan rakyat terhadap kepimpinan YB TSMY untuk mencapai hasrat menyelesaikan isu-isu rakyat tidak kesampaian kerana isu lain lebih penting iaitu menstabilkan politik negara.

Kehadiran TSMY ke pentas politik kerajaan tidak disenangi ramai pihak kerana langkah awal beliau telah menolak banyak pihak untuk menduduki kerusi PM Malaysia ke-8.

Permainan politik tidak henti-henti dimainkan walaupun rakyat dalam keadaan tertekan akibat COVID-19. Mereka tidak hirau apa sahaja tekanan tersebut kerana permainan politik lebih diutamakan berbanding dengan isu kepentingan rakyat. Adapun isu kepentingan rakyat dijadikan modal politik untuk mempotraykan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan TSMY telah tumpul kaedah untuk meredakan isu-isu membabitkan ekonomi, politik, kesihatan, kebajikan dan sosial rakyat.

Kita melihat tindakan melampaui batas daripada kritikan-kritikan yang dilontarkan kepada kabinet TSMY sehingga rakyat dididik untuk suka mengkritik berbanding menjadi rakyat yang bersyukur dan bersabar. Tindakan ini sangat memalukan ramai pihak.

Perletakan jawatan TSMY dengan anggapan bahawa itulah kejayaan mereka hampir berbelas bulan mengkritik, menghina dan mencaci sebenarnya tidaklah ada apa-apa melainkan ia lebih kepada berpecahnya kepimpinan UMNO hanya kerana untuk menyelamatkan kepentingan diri masing-masing.
Malulah sikit dengan rakyat kerana walaupun rakyat ada mengkritik TSMY tetapi mereka tetap tidak berkehendak untuk melihat negara kembali kepada kepimpinan sebelumnya. Lihat sahaja komen berjuta-juta rakyat yang sedih apabila PM mengumumkan perletakan jawatan sebagai PM ke-8. Rakyat sedar tentang kesusahan sebelumnya ketika di bawah pemerintahan PH, sehinggalah datang kepimpinan TSMY untuk menyelesaikan kesempitan hidup rakyat.

Mungkinkah ini petanda krisis politik Malaysia akan berakhir? Bagi saya ia masih kekal berkrisis selagi belum ada perlantikan baru PM ke-9.

Bagi pandangan saya eloklah jika pada fasa sekarang untuk mengelak perkara sebegini berulang lagi, maka kita memerlukan majoriti kukuh di parlimen. Secara peribadi, jika PRU15 diadakan pada tahun ini, ia adalah lebih baik, walaupun terpaksa mengharungi COVID-19 kerana dalam keadaan ini, jika politik tidak stabil, maka ekonomi juga turut tidak stabil, dan yang paling penting ialah jiwa rakyat juga tertekan.

Setakat ini, jumlah individu dalam imuniti kelompok telah sampai pada jumlah 30% lebih iaitu 10.7 juta lebih yang telah mengambil vaksin penuh. Kita menjangkakan bahawa imuniti kelompok sehingga 80% boleh capai insyaAllah bulan 10 ini. Dengan keadaan itu, masyarakat kita boleh beraktiviti secara lebih bebas di samping meneruskan norma baharu.

Jika pembubaran parlimen boleh diadakan dalam masa terdekat. Mungkin dalam bulan 9 atau 10, maka SPR boleh ambil masa selama dua bulan untuk membuat persiapan rapi dengan norma baharu. Sewaktu tempoh berbaki ini, Majlis Pemulihan Negara boleh memainkan peranan dalam pengurusan dan pentadbiran negara yang diketuai oleh TSMY dan penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Majlis Pemulihan Negara ini boleh mengaplikasikan hasrat TSMY sebelum ini yang mahukan kerajaan campuran.

Saya nak maklumkan kepada pihak yang masih bercita-cita menjadi PM supaya mempertimbangkan perkara ini agar perjalanan politik negara boleh distabilkan sebentar sebelum menjengah kepada PRU-15.

__________
Pensyarah Kanan Ekonomi Politik Islam,
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo