NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Timbalan menteri Umno terus sokong Muhyiddin, tamparan kepada Zahid


Ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib daripada Umno menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan sentiasa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Patik turut menzahirkan sokongan penuh kepada kerajaan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Malaysia sebagaimana sokongan patik kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini dan juga kerajaan, tidak lain dan tidak bukan kerana amanah dan tangungjawab patik kepada agama, bangsa dan negara.

“Patik menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Justeru sebagai timbalan menteri persekutuan, patik akan terus melaksanakan dan memberi khidmat sehabis baik dengan jujur, bersih, cekap dan amanah demi rakyat, agama, bangsa dan negara,” kata Ismail dalam surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang dimuat naik ke Facebooknya.

Terdahulu, dalam perutusan khas hari ini Muhyiddin berkata beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia menghadapi usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat bulan depan.

Muhyiddin membuat pengumuman itu selepas memaklumkan Yang di-Pertuan Agong pagi tadi bahawa beliau mempunyai sejumlah surat akuan daripada Ahli Parlimen yang “menyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.”

Beliau berkata, makluman itu disampaikan selepas Agong memberitahunya semalam bahawa lapan Ahli Parlimen Umno telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, memakluman mereka tidak lagi menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

- FMT



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo