NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada sebab kenapa Muhyiddin perlu berundur

Tiada keperluan untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalah mahupun berundur daripada tampuk pemerintahan negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, pemimpin nombor satu negara itu sudah membuktikan bahawa beliau layak mengemudi Malaysia dengan baik sepanjang tempoh diberikan.

"Dari segi tanggungjawab, seseorang pemimpin itu juga sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain terutamanya dari segi menjaga kebajikan rakyat, termasuklah bagaimana cara kerajaan Malaysia melawan koronavirus (Covid-19).

"Sekarang ini banyak isu politik diperkatakan. Kadang-kadang berita dan maklumat itu tidak sahih pun. Cuma satu saja yang saya nak sebut, Muhyiddin sudah lakukan yang terbaik untuk Kabinet dia," katanya kepada media di sini.

Semalam sebuah portal pembangkang melaporkan mengenai kenyataan beberapa penganalisis politik yang berpendapat menggantikan Muhyiddin masih boleh selamatkan kerajaan Perikatan Nasional.

Kenyataan tersebut juga mendapat reaksi pelbagai pihak terutamanya pendukung parti itu yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo