Responsive Ad Slot

Tawaran PM banyak diperjuangkan pembangkang sebelum ini - ILMUWAN

KUALA LUMPUR: Tawaran bipartisan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan penyelesaian merentasi parti yang banyak diperjuangkan pembangkang sebelum ini.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Nasional (ILMUWAN), Prof Madya Mohd Hanif Yaacob berkata, ia sepatutnya menjadi tawaran bersama yang membuka kepada solusi gencatan politik pada saat pandemik melanda dunia.

"Keutamaan rakyat pada masa ini untuk keluar segera dari pandemik krisis ini dan krisis ini kuncinya adalah kestabilan dari segi pembuat keputusan ahli politik dan bekalan vaksinasi yang telah kita laksanakan dengan cukup cemerlang.

"Kita perlu kestabilan politik, saya nampak ia perlu disambut dengan positif oleh semua pihak," katanya semasa sidang maya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Muhyiddin menjelaskan, negara memerlukan sokongan, usaha dan tumpuan semua pihak yang untuk memulih dan mengembalikan negara kepada landasan pembangunan dan pertumbuhan yang sihat.

Katanya, apabila kestabilan politik tidak dapat dicapai, segala usaha untuk memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi sukar dicapai.

Dalam pada itu kata Mohd Hanif, paling penting sekarang adalah perubahan hidup dan norma baharu diikut oleh semua rakyat.

Ujarnya semua perlu berhati-hati dan konteks sosio dan sebagainya termasuk mematuhi semua peraturan kerajaan yang dibuat selama ini.

https://www.astroawani.com/berita-politik/tawaran-pm-banyak-diperjuangkan-pembangkang-sebelum-ini-ilmuwan-313976


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo