NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Frontliner berkongsi berita gembira situasi terkini kes COVID-19

Dr Hana Hadzrami
Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini. 

Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.

Awal Julai kami dapati kemasukan pesakit Covid warga emas mulai menurun.

Minggu lepas jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.

Referral dari ED kepada team ICU untuk pesakit Covid kritikal semakin berkurang. Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.

Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.

Jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad saja. 

Masih ada referral pesakit Covid kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat. 

Ada juga pesakit Covid kritikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung. 

4 pesakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesakit lain yang tak sempat menerima vaksin. Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal.

Jumlah pesakit di ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan. Jumlah mereka yang BID pun masih ramai. Kita belum lagi menang.

Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid kritikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka.

Kita berusaha dan bertawakkal. 

InsyaAllah vaccine works!

.
.

Hana Hadzrami
Slowly but surely

https://www.facebook.com/1363681809/posts/10227428071471827/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo