NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Johor muat naik ciri orang munafik di media sosial

Sultan Ibrahim memetik Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelakan tanda-tanda orang munafik. - Gambar Instagram Official Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran berkaitan sifat-sifat orang munafik di media sosial Baginda.

Menerusi kemas kini tersebut, Sultan Ibrahim berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelaskan tanda-tanda orang munafik.

"Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungkiri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.”

Sementara itu, semakan di Instagram Story Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula, baginda menulis: "A true leader cannot be bought" (Pemimpin sejati tidak boleh dibeli).

TMJ memuatnaik kemas kini di Instagram Story baginda hari ini
Terbaharu, menerusi satu kenyataan di Facebook, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata, kestabilan dan kehidupan rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, Sultan Johor antara yang lantang memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menjatuhkan kerajaan Negeri sedia ada.

Baginda bertitah tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri, selain tidak akan melayan permainan politik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang terus bertelagah sampai mengganggu negeri dan kerajaan.

Pada 28 Februari 2020, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH.

Lebih setahun selepas itu, situasi hampir sama berlaku lagi berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan Ahli Dewan Rakyat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber | astroawani


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo