NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenali Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia ke Sembilan


Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (lahir 18 Januari 1960), ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bermula pada 10 Mac 2020.

Pada 7 Julai 2021, Muhyiddin Yassin telah melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Beliau juga seorang bekas Menteri Kabinet dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [3] Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO.


Keluarga

Beliau berkahwin dengan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. 

Anak beliau, Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 iaitu sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan yang kini menjadi seorang penyanyi. 

Anak sulungnya, Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen, Jovian Mandagie.

Pendidikan 

Ismail Sabri memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967. 
Ismail Sabri ketika bersekolah di Sekolah Air Putih Kuantan diantara tahun 1973 hingga 1976
Kemudian, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan pada 1973 dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang pada 1976. 

Beliau kemudiannya belajar tingkatan enam di Jaya Akademik seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980.

Kerjaya

Beliau telah memulakan kerjayanya mulai pada tahun 1985 sebagai seorang peguam. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996. 

Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. 

Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1995 juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama.

Kerjaya politik 

Pada tahun 1987, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh. Kemudian, pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh. 

Pada tahun 1993, beliau dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (2001) dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Temerloh pada tahun 2004.

Dalam pilihan raya umum 2008, Ismail Sabri Bin Yaakob bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Bera, negeri Pahang. 

Ismail Sabri Bin Yaakob telah menang dengan mendapat undi sebanyak 18051. Calon lawan ialah Mazlan Aliman dari PAS mendapat 14,230 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 783.

Ismail Sabri berada dalam Kabinet sejak tahun 2008 sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun 2019, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2013 dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2015.

Pada 20 Disember 2018, beliau dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru selepas penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Presiden de facto UMNO mulai 18 Disember 2018.

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 pada 7 Julai 2021. Beliau juga mengekalkan portfolio Menteri Pertahanan sejak dilantik pada 9 Mac 2020.

Sumber | Wikipedia


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo