NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TERKINI: Ismail Sabri Dilantik Menjadi Perdana Menteri Ke-9





Secara rasminya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan pada hari ini.

Pelantikan tersebut adalah perkenan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Istana Negara hari ini.

Sebelum itu, Istana Negara telah menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 ahli Dewan Rakyat, masing-masing menerusi Surat Akuan (SD) pada 18 Ogos baru-baru ini.

“Daripada surat-surat tersebut seramai 114 ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 ahli Dewan Rakyat semalam, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sehubungan dengan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah perkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Ke-9,” maklum kenyataan tersebut hari ini.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo