Responsive Ad Slot

Sekurang-kurangnya, pertimbang tawaran untuk bertemu Muhyiddin - Tony Pua

Tony Pua berkata dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin, pembangkang dapat meneruskan beberapa agenda seperti reformasi parlimen yang tidak sempat dilaksanakan.

KUALA LUMPUR: Sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat mengumpulkan sokongan majoriti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka tawaran dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Dalam satu tulisan di Facebooknya, Tony menjelaskan adalah wajar untuk pemimpin pembangkang mempertimbangkan untuk menghadiri pertemuan yang dicadangkan oleh Muhyiddin.

"Pandangan saya, jika kita tidak dapat kumpulkan sokongan majoriti untuk Ketua Pembangkang, kita perlu mempertimbangkan tawaran yang diberikan oleh Muhyiddin.

"Beliau meminta untuk bertemu semua parti pembangkang untuk berbincang, Dan kita sekurang-kurangnya perlu untuk setuju menghadiri pertemuan itu.

"Lagi pun ia adalah untuk kepentingan rakyat, tidak ada yang merugikan," katanya.
Tony juga menjelaskan sekiranya tawaran dari muhyiddin itu diterima, pembangkang mampu menyekat kumpulan kleptokrat dari kembali berkuasa.

Selain itu, jelas beliau dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin, pembangkang dapat meneruskan beberapa agenda seperti reformasi parlimen yang tidak sempat dilaksanakan.

"RUU tempoh dua penggal untuk Perdana Menteri. PH tidak dapat melakukan ini kerana kita tidak mendapat 2/3 majoriti. Tetapi sekarang, untuk RUU ini, jika PH dan PN boleh bersetuju, kita boleh meminda perlembagaan.

"Anti Lompat Parti. Jangan biarkan saya mulakan akar kepada segala masalah yang membawa Malaysia kepada krisis politik yang kita hadapi sekarang.

"Ya, Bersatu dan PN adalah merupakan tunjang segala aktiviti lompat parti. Tetapi jika tawaran itu ikhlas, dan saya percaya ia ikhlas kerana memerlukan sokongan kita, maka kita perlu merebut peluang untuk meluluskan akta anti lompat parti serta merta," katanya lagi.

- Awani

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo