NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Jepun catat kes harian tertinggi lebih 20,000


Jepun telah mengisytiharkan tiga kali darurat sejak pendemik melanda

KES harian COVID-19 di Jepun meningkat kepada 20,000 pada Jumaat, yang tertinggi pernah dicatatkan di negara itu sejak pandemik bermula.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,773 jangkitan baharu disahkan di Tokyo, venue berlangsungnya temasya Sukan Olimpik 2020.

Ini juga merupakan kali kedua Tokyo mencatatkan angka melebihi 5,000 kes.

Sejak kebelakangan ini, purata jangkitan dan kes baharu di Tokyo adalah sebanyak 4,155 setiap hari.

Jumlah pesakit COVID-19 dengan gejala yang teruk juga meningkat kepada 1,478 orang pada Khamis, angka tertinggi baharu berbanding 1,413 pernah dicatat pada Mei.

Gabenor Tokyo turut mengeluarkan arahan agar penduduknya tidak melakukan perjalanan ke wilayah lain yang dikhuatiri akan menngkatkan lagi kes harian.
Sejak Julai, kes pesakit COVID-19 meningkat di seluruh Jepun.

Ini berikutan program vaksinasi yang dilihat perlahan.

Sistem perkhidmatan kesihatan Tokyo juga berada dalam tekanan yang semakin meningkat.

Jumlah penggunaan katil di hospital untuk pesakit COVID-19 juga dilaporkan melebihi 50 peratus.

- awani

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo