NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat individu ditahan, sewa ambulans swasta untuk rentas negeri

Gambar hiasan
Pihak polis berjaya mengesan dan menahan taktik empat individu yang menggunakan khidmat ambulans swasta bagi merentas negeri untuk pulang ke kampung dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu pada Rabu lalu.

Suspek yang berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun serta dua anaknya yang berusia 10 bulan dan enam tahun difahamkan mahu pulang ke kampung mereka yang terletak di Genas, Negeri Sembilan dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang.

Suspek telah difahamkan menyewa ambulans swasta yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia dengan bayaran kira-kira RM1,300.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof, empat individu tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan yang dilakukan oleh polis di SJR berhampiran Kampung Belenggu di sini yang mana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan kerjasama kepada pihak polis,” memetik laporan Kosmo.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tambahnya, siasatan masih sedang dijalankan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo