NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Razlan letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah LTAT

Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, hari ini, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau berkata, tindakan itu sebagai selari dengan keputusan UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi melantik saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah LTAT.

"Sebagai mentaati keputusan UMNO yang menarik sokongan kepada kepemimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah LTAT," katanya dalam kenyataan.

Mohd Razlan berkata, UMNO sebagai parti yang menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan keutamaan kepada rakyat, tidak akan mensia-siakan nasib rakyat yang sedang diabaikan oleh Perdana Menteri.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga kerja LTAT yang selama ini memberi kerjasama baik sepanjang perkhidmatannya.

Mohd Razlan menjadi pemimpin UMNO ketiga yang melepaskan jawatannya selepas Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Shamsul Anuar yang juga Ahli MKT UMNO meletakkan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli manakala Mohamed Khaled meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Boustead Holdings Berhad.

Keputusan mereka dibuat selepas MKT UMNO mengambil keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

- BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo