NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Raja Buah dijual longgok elak rugi

Abid Zarim Abdul Rahim terpaksa menurunkan harga susulan kejatuhan harga durian dibeberapa negeri ketika ini dengan cara jualan longgok di Eko Park, Pantai Dalam. FOTO AMIRUDIN SAHIB.

amir_hamid@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Lambakan durian di pasaran tempatan dikatakan berpunca akibat musim 'raja buah' itu hampir serentak mengeluarkan hasil di beberapa negeri termasuk Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan serta negeri lain.

Penjual durian, Abid Zarim Abdul Rahim, 40-an, yang membuka gerai buah-buahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini, berkata, pada masa sama pula pembeli kurang membeli kerana sekatan pergerakan dilaksanakan kerajaan.

Dia berkata, disebabkan itu ramai peniaga buah itu perlu menawarkan harga murah bagi memastikan bekalan durian tidak tersimpan lama dan rosak.

"Persaingan terlalu sengit sebab berlakunya lambakan durian. Memang (durian) tengah banyak waktu ini.

"Kita jual murah tak tahu nak cakap macam mana murahnya itu. Kita tawarkan murah, ada lagi peniaga yang tawarkan dengan lebih murah lagi.

"Bayangkanlah durian Gua Musang, Kelantan yang baru di awal musim pada masa ini boleh jatuh hingga 50 sen sebiji sebab sudah bercampur di pasaran durian dengan Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak yang lebih awal musim buah," katanya ketika tinjauan Harian Metro.

Menurutnya, dia menggunakan kaedah jualan selonggok mengandungi antara tujuh hingga lapan biji durian pada harga RM30, bergantung kepada saiz dan jika kecil sikit bagi lagi lebih buah.

Ditanya adakah jualan boleh dapat pusingan modal, katanya, buat masa sekarang boleh lepas bayar gaji pekerja dan ada gaji sikit untuknya.

"Pasaran buah di gerai kami pun tidaklah bergantung 100 peratus kepada durian sahaja. Kami turut menjual pulasan, dokong, langsat, rambutan, manggis dan semua buah bermusim.

"Bolehlah dalam sehari anggaran kasar jualan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 yang belum menolak kos-kos lain," katanya.

Menurutnya, keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan peminat durian juga tidak boleh makan di tempat jualan seperti dahulu.

"Dulu orang datang enjoy (seronok) makan di kawasan longgok. Buka buah terus nikmati di sini. Nak tukar jika rosak pun boleh terus tukar.

"Sekarang semua kena bungkus bawa balik... feel (perasaan) itu kurang dan mungkin juga menyebabkan berkurangnya peminat durian datang membeli berbanding sebelum PKP.

"Apa pun syukur Alhamdulillah. Masih laku walaupun tidak seperti sebelum ini. Apa yang penting keselamatan bersama lebih-lebih lagi jangkitan Covid-19 sekarang amat tinggi," katanya.

- HMetro


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo