NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perdana Menteri masih ada sokongan mencukupi – Putrajaya

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih kekal sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai sokongan 115 orang Ahli Parlimen di sebalik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, petang tadi.

Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri, kesemua akuan berkanun 115 orang ini merupakan dokumen sah perundangan yang perlu dibatalkan secara individu, bukannya melalui keputusan parti.

“Kenyataan Presiden UMNO adalah keputusan parti yang kita hormati. Namun, kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah berdasarkan sokongan Ahli Parlimen bukan perakuan sokongan parti. Sehingga jam 7 petang tadi, tiada sesiapa Ahli Parlimen yang telah menandatangan akuan berkanun memberi notis untuk menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri,”, tegas sumber tersebut.

Sumber tersebut turut menyatakan kenyataan media Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah hanyalah mengenai peletakan jawatan sebagai Menteri bukannya menarik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Petang tadi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MKT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan kerajaan menguruskan rakyat dan bertelingkah dengan Istana Negara.

Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti kerana beliau telah mempersembahkan sejumlah surat akuan menarik sokongan terhadap Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Ahmad Zahid tidak memberitahu jumlah tepat berapa orang Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan. Bagaimanapun sumber MT UMNO menyatakan jumlah yang ada kepada zahid ialah 8 orang sahaja.

Sumber : suara.tv


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo