NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TunM mengaku silap sertai himpunan Ahli Parlimen pembangkang

Dr Mahathir Mohamad (tengah) menyertai pemimpin-pemimpin pembangkang lain menghadiri perhimpunan membantah penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui melakukan kesilapan apabila turut serta dalam perhimpunan membantah penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen di Dataran Merdeka di sini, pada Isnin.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, perhimpunan seumpama itu tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan negara masih berhadapan krisis kesihatan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Bahkan, tegas beliau, perhimpunan sedemikian boleh dilaksanakan secara dalam talian tanpa perlu bersemuka.

“Saya mengaku saya buat salah apabila hadir semalam bersama wakil rakyat. Saya fikir nak duduk dalam kereta dan keluar untuk tunjuk sokongan tetapi apabila sampai orang ramai sudah mula berkumpul bagi syarahan,” katanya ketika bercakap pada Forum Solusi Selamatkan Malaysia pada Selasa.

Berikutan itu, Dr Mahathir mengambil inisiatif melakukan ujian saringan COVID-19 setelah menyedari risiko menghadiri perhimpunan tersebut dan hasilnya mendapati beliau negatif.

Pada Isnin, media melaporkan seramai 107 ahli pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka bagi bagi tujuan protes terhadap kerajaan berikutan penutupan sesi sidang parlimen.

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk berarak menuju ke bangunan parlimen telah dihalang pihak polis.

Dr Mahathir turut menyertai perarakan pembangkang sekitar pukul 10.14 pagi ketika Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan.

Setakat ini, polis memberitahu akan memanggil kesemua individu terlibat yang menyertai perhimpunan berkenaan.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo