NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga sebab Zahid tarik sokongan terhadap Muhyiddin?

3 SEBAB ZAHID HAMIDI MAHU TARIK SOKONGAN TERHADAP PERDANA MENTERI  

Secara logiknya, bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita menduga apakah punca Presiden UMNO, Zahid Hamidi mahu menarik semula sokongan beliau terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Seperti yang kita tahu, Zahid kini mempunyai 47 pertuduhan kes mahkamah yang melibatkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Ya, jumlah tersebut bukanlah calang-calang apatah lagi ia telah disahkan oleh seorang Pegawai SPRM bahawa kesemua tuduhan tersebut bukanlah ‘bermotifkan politik’ tetapi berdasarkan keterangan berdokumentar dan saksi yang dikumpul semasa siasatan dijalankan.

Ini bermakna Zahid benar-benar dalam keadaan terdesak untuk melepaskan diri dari sebarang hukuman. Apatah lagi sebelum ini, Muhyiddin Yassin sudah menegaskan bahawa beliau tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi dan ini termasuklah kes Zahid dan sekutunya. Maka, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila Zahid mengambil keputusan untuk menarik sokongan terhadap PM kerana Zahid sedar bahawa kini beliau tidak boleh menggunakan kuasa politik dalam menguruskan kes mahkamah tersebut. 

Ketegasan PM berkenaan isu ini ternyata membuatkan Zahid kecut perut. Disebabkan itu, Zahid mengambil langkah kotor apabila bersekongkol dengan Anwar untuk menjatuhkan kepimpinan Muhyiddin Yassin. Sebelum ini, Zahid pernah membuat kenyataan terbuka berkenaan penarikan sokongan terhadap PM dengan menggunakan nama UMNO. Hakikatnya, apa yang diumumkan beliau ketika itu langsung tidak menggambarkan keputusan MKT UMNO. Bukankah ini salah satu penyalahgunaan kuasa?

Bukan itu sahaja, dibelakang anak-anak buahnya Zahid telah ‘setting game’ bersama-sama anwar yang kononnya pendirian UMNO adalah ‘NO DAP’ dan ‘NO ANWAR’. Namun, apa yang berlaku sebenarnya adalah jauh dari apa yang diperkatakan Zahid kepada ahli-ahli UMNO. Bayangkan jika audio perbualan zahid dan Anwar tidak terdedah, sudah pasti semua ahli UMNO ditipu dan terjerat dengan permainan Zahid. Betapa rapat dan mesranya hubungan mereka sehingga Zahid melabelkan pertalian mereka adalah Cikgu-Murid. Lagi pun, rakaman tersebut bukanlah palsu apabila Zahid sendiri sudah mengakui bahawa rakaman suara tersebut adalah dirinya. 

Kini, pengkhianatan demi pengkhianatan Zahid terhadap UMNO kian terserlah. Zahid sedar pengaruh beliau di dalam UMNO semakin merosot berikutan pemilihan Agung UMNO ditangguhkan sehingga hujung 2022. Disebabkan itulah, Zahid semakin giat melancarkan serangan terhadap PM supaya berundur serta menghasut dan mendesak AP UMNO supaya menarik sokongan terhadap PM. Selain itu, Zahid juga bersikap kebudak-budakan apabila membuat permohonan untuk mengubah kerusi parlimen ke blok bebas ketika parlimen bersidang. Apa dia fikir dengan ugutan tersebut dia boleh menyelamatkan diri dari hukuman?

Begitulah sikap Zahid yang sebenar sebagai seorang pemimpin yang selama ini telah ditutupi oleh kuasa politiknya. Mana tidaknya, dalam keadaan negara sedang bergelut dengan Covid-19 sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, Zahid masih terus selfish memikirkan kuasa dan karier politiknya. Kebajikan dan penderitaan rakyat tidak sekali pun mendapat perhatian Zahid yang sepatutnya menjalankan amanah rakyat. Apa yang difikirkannya hanyalah menyelamatkan diri dan menutup kesalahan yang telah beliau lakukan. Memang dasar pemimpin gila kuasa dan korup! Kelayakan Zahid sebagai seorang pemimpin sudah lama hilang!


Sumber FB


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo