NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Politik Mahathir-Anwar berakhir?


Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri
 
Teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia ke-9 bermula apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan secara rasmi pada Isnin,16hb Ogos 2021. Hal ini berlaku kerana beliau kehilangan sokongan apabila seramai 15 orang Ahli Parlimen daripada UMNO  yang diketuai  oleh DS Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menarik sokongan kepada Perdana Menteri  ke-8. 

Jika dihalusi,sebenarnya krisis politik ini berlaku lebih awal lagi, tetapi disebabkan kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada bulan Februari 2021 hingga 2hb Ogos 2021, menyebabkan perkara ini dilihat terhenti seketika. Apabila Persidangan Khas Parlimen bersidang bermula pada 26 Julai 2021, krisis politik dilihat semakin bergolak sehingga Parlimen tidak dapat bersidang dengan baik,seterusnya ia ditangguhkan kerana penularan kluster covid-19. 

Beberapa peristiwa berlaku selepas itu sehingga membawa kepada perletakan jawatan PM ke-8,TS Muhyidin Yassin. Sebelum nama Datuk Seri Ismail Sabri dipilih, ada beberapa nama-nama lain yang disebut akan menjadi bakal Perdana Menteri ke-9. Dari blok kerajaan ada beberapa nama,manakala dari blok pembangkang ada tiga nama yang popular,iaitu DS Anwar Ibrahim, DS Shafie Afdhal dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagaimana diketahui,Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menjadi Perdana Menteri ke-7 selama 22 bulan dibawah Kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, pada bulan Februari 2020 beliau telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri,menjadikan kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan. 

Salah satu faktor peletakan jawatan beliau ialah kerana desakan dari pihak sekutunya supaya beliau menyerahkan jawatan kepada DS Anwar Ibrahim.

Rentetan daripada perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke-7, politik negara terus bergolak apabila tiada satu pihak pun yang mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi melantik Perdana Menteri ke-8. Ini menyebabkan YDPA buat pertama kalinya menitahkan semua Ahli Parlimen supaya menghadap baginda untuk mencari seorang calon  yang diyakini mempunyai sokongan majoriti. 

Akhirnya bagi menyelamatkan negara, beberapa parti politik terdiri daripada BN, Bersatu, PAS, GPS, STAR, PBS dan beberapa bekas ahli parlimen PKR yang diketuai oleh DS Azmin Ali seramai lebih 113 orang yang diperlukan bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dan terbentuknya kerajaan  Perikatan Nasional (PN). 

Bagaimanapun rupanya panas tidak sampai ke petang,bila datang hujan di tengah hari. PM ke-9 hanya mampu bertahan selama lebih kurang 18 bulan sahaja. 

Sejak dari tarikh perletakan jawatan PM ke-8 pada 16 Ogos 2021, pelbagai spekulasi bertiup kencang berkaitan calon PM ke-9. 

DS Anwar Ibrahim pula merupakan calon terhangat Perdana Menteri ke-9 selain Tun Dr Mahathir. Beliau sememangnya dilihat sangat ‘bernafsu besar’ kerana telah beberapa kali mendakwa mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi merealisasikan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Selain DS Anwar, pembangkang juga berkompromi untuk mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Shafie Afdhal sebagai calon Perdana Menteri sebagai alternatif pembangkang bagi meraih sokongan wakil rakyat dari Malaysia Timur. 

Beliau berusaha memperkembangkan parti Warisan ke Semenanjung Malaysia dan bekerjasama dengan beberapa parti politik lain yang baru ditubuhkan seperti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB)

Selain DS Anwar, pembangkang juga berkompromi untuk mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Shafie Afdhal sebagai calon Perdana Menteri sebagai alternatif pembangkang bagi meraih sokongan wakil rakyat dari Malaysia Timur. 

Beliau berusaha memperkembangkan parti Warisan ke Semenanjung Malaysia dan bekerjasama dengan beberapa parti politik lain yang baru ditubuhkan seperti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB)

Bagi menamatkan pelbagai spekulasi dan teka-teki, Semua Ahli Parlimen diminta menandatangani Akuan Bersumpah(SD) bagi menyatakan sokongan mereka kepada calon PM ke-9 yang mereka setujui. Seterusnya YDPA sekali lagi menitahkan untuk memanggil seramai 114 Ahli Parlimen yang menyokong DS Ismail Sabri ke Istana Negara untuk pengesahan Surat Akuan Bersumpah (SD).

Akhirnya segala penantian dan persoalan terjawab. Konflik politik dilihat sedikit reda apabila DS Ismail Sabri bin Yaakub secara rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri ke-9 setelah diperkenan untuk mengangkat sumpah pada petang 21 Ogos 2021. 

Kini yang masih menjadi tanda tanya ialah barisan menteri-menteri di bawah kepimpinan beliau. Sama-samalah kita berdoa agar kerajaan ini akan terus bertahan sehingga tibanya PRU ke-15.  

Satu lagi persoalan, adakah politik Tun Dr Mahathir dan DS Anwar Ibrahim akan berakhir dengan perlantikan DS Ismail Sabri sebagai PM ke-9 ?

PRU14: Mahathir-Anwar bergabung tumbangkan Najib-BN

Ketika Anwar berada dalam UMNO/BN lagi, beliau memang mengimpikan jawatan Perdana Menteri,sehinggalah beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada tahun 1998. 

Selepas pemecatannya, beliau kemudiannya menubuhkan partinya sendiri, Parti Keadilan Nasional (selepas itu bergabong dengan Partai Rakyat Malaysia menjadi PKR) untuk meneruskan cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Namun nampaknya cita-citanya masih menjadi angan-angan yang panjang dan belum ada  penghujungnya. 

Tun Mahathir juga sebelum ini pernah memegang rekod sebagai Perdana Menteri yang paling lama di bawah kerajaan BN/ UMNO, iaitu PM ke-4 selama 22 tahun. Akhirnya beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003. 

Beliau sebelum itu  kembali ke arena politik bertujuan untuk menjatuhkan UMNO/BN dan Perdana Menteri ke-6, DS Najib Tun Abd Razak dengan menubuhkan parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama-sama dengan TS Muhyiddin Yassin setelah beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO.  

Menjelang PRU ke-14, parti pimpinan beliau,BERSATU bergabung dengan blok pembangkang (PH) yang terdiri dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sebuah parti serpihan PAS,iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

Semasa PRU ke-14, PH telah menang dan mendapat majoriti kerana sentimen rakyat ketika itu sangat kuat inginkan perubahan kerajaan dan menolak DS Najib yang terpalit dengan pelbagai isu,terutama 1MDB. 

Tun Dr Mahathir telah dilantik sekali lagi sebagai PM ke-7. Satu rekod baru kepada beliau dan negara apabila menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Malangnya kerajaan yang dipimpin oleh beliau pada kali ini tidak seutuh seperti kerajaan pimpinan beliau semasa bersama-sama UMNO/BN dahulu.

Rasanya banyak pihak telah menulis tentang hal ini. Saya tidak berhasrat untuk menulis secara terperinci  rentetan peristiwa tersebut. Jika ada kesempatan, saya akan tulis artikel berkaitan hal ini.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo