NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Saya mendoakan YAB Datuk Seri galas amanah kepimpinan dengan baik’ - Muhyiddin

Datuk Seri Ismail Sabri ziarah Tan Sri Muhyiddin di kediamannya petang tadi. Foto : FB Tan Sri Muhyiddin Yassin
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini.

Sokongan itu dinyatakan Muhyiddin ketika menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya, petang tadi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.



Sumber | Utusan

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo