NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM dijangka umum barisan Kabinet baharu hari ini

26 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan sebentar tadi.

Difahamkan Ismail Sabri meluangkan masa lebih dua jam untuk mempersembahkan senarai nama calon Ahli Parlimen dan individu bakal menjadi anggota Kabinet baharunya.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pekarangan Istana Abdulaziz pada jam 1.38 tengah hari selepas beliau memasuki kompleks berkenaan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dijangka mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan mengenai senarai Jemaah Menteri.

Pihak media juga sedang membuat persiapan menunggu pengumuman tersebut.

Terdahulu, portal berita PNBBC melaporkan Perdana Menteri, hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini dan selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, senarai jemaah menteri akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan terlebih dahulu sebelum diumumkan.


............oo000oo...........
 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo