NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

EXCO Kesihatan Kedah positif COVID-19

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
ALOR SETAR: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, disahkan positif COVID-19 selepas menunjukkan gejala demam dan batuk sejak Ahad lalu.

Dr Mohd Hayati berkata, beliau disahkan positif virus itu, pagi tadi selepas menjalani ujian saringan COVID-19, semalam.

Katanya, beliau sebelum ini terbabit dalam misi bantuan di kawasan yang terjejas susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai, Yan, pada Rabu minggu lalu.

"Saya bersama anggota lain sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan baik, memakai pelitup muka sepanjang masa dan makan di tempat yang berasingan.

"Saya tak pasti sama ada berjangkit dari kawasan Yan kerana selepas balik dari program pada Sabtu, saya mulai batuk dan demam keesokan hari.

"Sebelum mesyuarat EXCO, saya buat ujian saringan, selepas itu saya dipakaikan gelang merah jambu dan pagi tadi pihak kesihatan menghubungi saya dan maklumkan saya positif," katanya ketika dihubungi.

Dr Mohd Hayati berkata, beliau berada dalam kategori dua dan akan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari serta akan hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, keadaan kesihatannya ketika ini semakin baik dan tahap oksigen juga berada pada paras antara 96 peratus dan 97 peratus.

Dr Mohd Hayati turut menasihatkan semua pihak yang terbabit dalam misi bantuan supaya sentiasa mematuhi SOP untuk mengelak sebarang kejadian yang tak diingini.

Sumber | Bharian

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo