NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas ADUN Melor meninggal dunia akibat Covid-19

Wan Ismail Wan Jusoh yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan menghidap kencing manis, ditidurkan di ICU Isnin lepas.
KOTA BHARU: Bekas ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 66, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai kira-kira 12.20 tengah hari tadi akibat dijangkiti Covid-19.

Isteri keduanya, Siti Madinah Ilyas Khan, 59, berkata Wan Ismail disahkan positif Covid-19 pada 7 Ogos lepas dan dimasukkan ke wad biasa hospital berkenaan.

“Kemudian arwah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 15 Ogos lepas. Arwah juga sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Wan Ismail penghidap kencing manis dan ditidurkan di ICU Isnin lepas.

“Kami sekeluarga turut dijangkiti Covid-19 kategori satu dan menjalani kuarantin di rumah di Telipot. Begitu juga keluarga di Melor turut dijangkiti.”

Siti Madinah berkata, jenazah Wan Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Keranji di Melor, dekat sini selepas solat Asar hari ini.

Beliau meninggalkan dua isteri, Nurizam Yusoff, 60, dan Siti Madinah serta 14 anak, termasuk tiga anak tiri.

Wan Ismail yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh, pernah menjadi ADUN Melor selama dua penggal pada 1999 hingga 2004 dan 2008 hingga 2013.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Wan Ismail melalui Facebooknya.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo