NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nur Syaiful mara ke final 100m gaya bebas, tebus kecewa semalam


Nur Syaiful Zulkafli menebus nasib malang hari pertama Sukan Paralimpik 2020 apabila melangkah ke final renang 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 hari ini.

Kelmarin, penyertaan Nur Syaiful dalam saingan 200m gaya bebas lelaki dibatalkan selepas dia melakukan kesilapan teknikal kerana meletakkan pita pelekat di bahagian bahu yang terdapat bisul.

Hari ini, Nur Syaiful bangkit menebus kecewa dengan menamatkan saringan pertama 100m gaya bebas di tangga ketiga untuk mengesahkan tiket final yang berlangsung 4 petang ini.

Dia mencatat masa satu minit, 16.33 saat di belakang perenang Brazil, Daniel De Faria Dias (1:13.02s) dan Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol (1:13.33s).

Nur Syaiful mencatat masa ketujuh terbaik keseluruhan.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo