NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong berkenan terima persembahan senarai Kabinet

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, hari ini.

Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook (FB) rasmi berkata, pada sesi menghadap yang berlangsung selama satu jam 30 minit bermula 11 pagi tadi, Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

Menurut kenyataan itu, sesi menghadap hari ini adalah yang kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

"Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu.

"Usai sesi menghadap, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Perdana Menteri di Istana Abdulaziz," menurut kenyataan itu.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo