Responsive Ad Slot

Pihak cuba 'jatuhkan' kerajaan sebelum sidang Sept ini yang derhaka - Ismail Sabri

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum undi percaya dilaksanakan dalam sidang Parlimen September ini sebenarnya menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ismail, ini kerana pelaksanaan undi percaya pada bulan itu telah mendapat perkenan Agong.

"Kami ahli parlimen yang setia kepada Agong akan patuh kepada titahnya (iaitu) apa pun yang nak diselesaikan, tentang perkara berkaitan kerajaan, perlu dilakukan di parlimen.

"Kami berpandangan, perkara lain adalah perkara yang diluar perkenan agong, termasuk hantar SD (akuan bersumpah) atau surat akuan untuk melakukan tindakan yang boleh runtuhkan kerajaan sebelum parlimen diadakan.

"Jika tindakan (usaha) runtuhkan kerajaan yang (cuba) gagalkan hasrat Agong supaya parlimen bersidang dan keabsahan ditentukan di dalam parlimen.

"(Jadi..) Tak timbul isu (kerajaan PN) derhaka, yang derhaka mungkin yang langgar perkenan supaya perkara ini di bawa ke September," katanya di sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kenyataan Ismail itu jelas merujuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini memberitahu pihaknya telah menghantar surat akuan kepada Agong bagi memaklumkan jumlah ahli parlimen parti itu yang tidak lagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Parti-parti pembangkang juga mendesak undi percaya itu dilakukan lebih awal, iaitu selewat-lewatnya 9 Ogos ini.

Ismail berkata lagi, perkenan tersebut menunjukkan pihak istana tidak lagi menerima SD atau akuan bersumpah berkenaan sokongan terhadap Muhyiddin.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia dan ahli parlimen yang bersamanya masih mempertimbang untuk menjawab surat menyatakan pendirian yang diedarkan kepada semua ahli parlimen Umno.

Surat itu diserahkan oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkenaan sama ada mereka akan menarik balik sokongan dan meletakkan jawatan dalam kerajaan, atau terus menyokong kerajaan sekarang.

"Oleh kerana arahan presiden libatkan ahli parlimen, kami desak presiden agar jumpa kami untuk jelaskan hasrat beliau kepada kami.

"Tak boleh keluarkan arahan tiba tiba tanpa berjumpa dan beri penjelasan.

"Kepada ahli parti, percayalah kami merupakan pemimpin yang setia kepada parti. Tindakan kita jangan sampai merugikan parti dan jangan sampai membebankan rakyat," katanya lagi.
Kedudukan terkini sokongan ahli parlimen




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo