NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Noh Omar nafi sokong PN, namun akui kerajaan masih sah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menafikan bahawa beliau menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti didakwa pemimpin UMNO pada Jumaat.

Jelas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor itu, berlaku kekeliruan apabila beliau menandatangani senarai kehadiran ketika pertemuan yang diadakan sebelum ini.

"Saya lihat ada timbul kekeliruan yang timbul. Ini susulan sidang media Timbalan Perdana Menteri mengaitkan nama saya menyokong Perdana Menteri.

"Saya lihat di laporan media, tidak berapa tepat. Pagi tadi saya dipanggil dalam perjumpaan dengan Ahli Parlimen,saya hadir dan semasa dalam kehadiran itu memang saya ada tandatangan kehadiran perjumpaan tersebut

"Saya nak tegaskan senarai tandatangan kehadiran itu tersebar dalam media sosial, saya nak tegaskan tandatangan itu hanya tandatangan kehadiran mesyuarat bukan memberikan sokongan," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn di Ibu Negara pada Jumaat.

Bagaimanapun, jelas Noh, beliau bersetuju bahawa kerajaan PN ketika ini masih sah sehinggalah keabsahannya ditentukan menerusi Usul Undi Percaya di Parlimen pada September depan.

"Hasil perbincangan yang telah dibuat, saya bersetuju pertama, kerajaan yang ada pada hari ini dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin masih sah sehinggalah Parlimen bersidang pada September nanti untuk tentukan keabsahan kedudukan PM.

"Kita sedia maklum Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju keabsahan sokongan kedudukan Perdana Menteri hendaklah diputuskan dalam Parlimen dan PM berjanji usul percaya akan dibawa dalam sidang Parlimen September nanti.

"Saya bersetuju dan akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan UMNO menarik sokongan PM yang akan dibuat dalam Persidangan Parlimen nanti. Sehinggalah Parlimen bersidang, kalau ada apa-apa titah Tuanku saya kena akur," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau mudah dibeli dan berpendirian 'flip-flop', tegas Noh dakwaan demikian adalah tidak benar.

Ujarnya, beliau yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), sentiasa akur dan bersama parti UMNO.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo